Manusia kerdil.

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

 

*terbuka playlist lama yang dah lama x di buka.

aku tahu ini untuk aku kan?

Rahsia kau

“Aku selalu harap.
Sebelum aku tinggalkan kau, akan ada orang jaga kau.
Aku tak boleh selamanya ada dengan kau.
Dan aku tengok kau ceria sejak dua, tiga, empat hari ni..

p/s : eh kawan, kau dah dilamun cinta apa?”

——

terimakasih awak. : )
selalu pun awak yang akan tahu rahsia saya dulu kan?

Tuhan,
limpahkan pada dia kebahagian yang berterusan juga.
kesihatan yang baik juga. dimurahkan rezeki juga.
Jadikanlah kasih sayangMu ,pelindungnya di dunia.

 

tentang rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu : )

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

—–
terima kasih Tuhan datangkan pada aku kembali rasa ini
terima kasih Love untuk semua rasa ini
akan ku jaga sepenuh hati ini
happy bufday Love!

aku ingin tahu

saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku..

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku

ni entry apa ni? okbye.

sini!

sayang sangat tahu!

saya pernah dapat surat ni dr kakak kesayangna saya.opening dia je dh buat saya rasa…yaTuhannn…rasa nk peluk dia…

“Assalammualaikum..hai omot kesayangan” (awak kawan yang saya paling sayang)

memang sayang dia lah! semalam dia dengar cerita saya yang saya simpan selama seminggu ni sorang2 tahu!  terima kasih sbb sy da curik masa kerja awak kan? :P

***
lagi sorg kawan saya, saya baca twitter! terus macammm…aku pun rendu kau omon! rindu sgt!

illianiariffin illiani ariffin
saya tak suke kemas baju. tgk, kenapa sejak kebelakangan ni,asik amik hijau je? rindu @nurazierahatta kot.

***
dan lagi sorang kawan saya yang saya sayang sangat juga!
amalinasani AmalinaMS
praised to Allah.. i got someone like @nurazierahatta .. :) thanks mot.. syg ko sgt2.. nanti kita jumpa ok.. *ko wat aku menangis neh*

kau pun dah wt aku menangis.maaf ak xde untuk seminggu ni untuk kau bercerita. sebab aku juga terhimpit dengan cerita aku sendiri. nnt kita lepak oke! love you so much!

 

 
untungkan.ramai orang sayang! hahahaa
semoga korang tetap setia disisi aku sampai bila-bila!

1 soalan

kau nak ke tanak ni?
kau ni lembap la

kau buat aku nak pergi jauh dari hati kau
cuba kalau kau bagi tahu!

kalau kau bagi tahu
aku rasa setia aku akan tetap je dalam hati kau

kalau tanak! aku pergi pada yang lain
tapi jangan kau datang kemudian kata
“maaf.aku tanampak kau dulu”

nanti aku akan jawab pada kau
“wtf!”

kau nak itu?

aku rasa aku macam betul-betul nak berubah hati.
kau jangan menyesal tau.
sebab dia lagi pandai curik hati aku dari kau.
aku keciwa sebenarnya tapi
memang aku rasa setia aku sampai disini je.

bye bye sipencurik hati.

hati kucar kacir

habis semuanya musnah macam gelas kaca pecah
semoga di berikan petunjuk.

3jam setengah

Hati ini masih bernyawa
Mahunya juga masih sama
Cuma mungkin ia resah
Mengejar erti indah
Yang hanya sebentar cuma
YaTuhan….ini ujian hati paling besar sekali. T_T
semoga Kau permudahkan urusan ini Tuhan.

memberi pilihan ternyata lebih mudah dari membuat pilihan. T_T


dari sudut hati ini

Jauh di sudut hati ini
Tidak ingin sekali kau terluka
Dengan susunan tintaku bergerigi
Apatah lagi tercalar dihati
Agar dapat kau gurindamkan
Dengan senyum dan tenang

Jauh di sudut hati ini
Tak ingin lemparkan setitispun sengsara
Dari setiap pesan yang ku curahkan
Agar menjadi cahaya untuk kau berjalan
Di laluan yang gelap sendirian
Berdepan dengan setiap ujian
Tanpa perlukan bantuan dan teman
Disepanjang kehidupan

Namun
Terkadang terluncur juga kata-kata berbisa
Meninggalkan parut-parut tersisa
Walau niatku terpancar suci
Tak selalu nampak berseri

Jauh di sudut itu
Aku sentiasa melihatmu
Tiap lagu menjadi nyanyian mu
Selalu bernada sendu
Dan
Aku jadi kelu

Jauh disudut itu
Aku sentiasa melihatmu
Tiap bicara kau bersuara
Ada tawa ada bahagia
Aku terasa lega

Biarpun aku selalu di sudut sana
Aku tetap ada di situ
Kala kau lihat gelap malam
Atau terluka dicalar duga
Atau mungkin hilang semua gelak tawa
Yang pernah dicipta
Aku akan hadir menemani
Akan kuberi dian sekali lagi
Untuk kau lalui kembali
Jalan malam ini sendiri
Supaya menjadi berani

Supaya terus hadapi segala kesulitan
Kerana dunia ini memang begini
Hanya ada pelajaran dalam pengajaran
Untuk kau guna di masa depan

Percayalah
Aku tak minta difahami saat ini
Suatu hari nanti
Saat jalan-jalan bahagia kau miliki
Aku takkan lagi menemani
Tak bisa menjadi penjaga hati
Yang sering memerhati
Kerana aku harus pergi
Jalani hidupku ini…

 

#bila hati bersuara

message kedekut

ting! *message masuk…

“baru pas antar maim”

“maim tu sapa u?”

“majlis agama islam melaka”

“oh ok.”

 

suka sgt hantar message kedekut macamtu
bole timbulkan banyak salah paham
dah la tetiba je. T_T

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.